Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan kempen ‘Bring Our Turtles Back’ bertujuan memperkasakan ilmu dan pengetahuan orang ramai dalam memulihara kelestarian haiwan marin itu.<br /><br />Kempen itu merupakan inisiatif UMT bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan, NGO dan syarikat korporat susulan kematian penyu yang semakin meningkat di Terengganu.
